Sunday, January 31, 2010

Poh paleh weh!

Baru balik dari Pekan semalam. Cuma 1 perkataan yang boleh digambarkan..PENAT!


Sepanjang aku kat Pekan, pasti akan jumpa buntings macam ni. Poh paleh? Apa kejadah poh paleh ni? Kalau ke Pekan, poh paleh boleh dimaksudkan dengan orang tu hebatlah! Dengan ayat mudah..terer habislah!

Inilah dia acara Digital Pekan 1Malaysia yang diadakan di Pekan. Sambutan memang menggalakkan. Pagi-pagi lagi orang dah ramai datang. Ditambah pula dengan kehadiran PM datang untuk merasmikan acara ni. Tugasan aku membantu memastikan perjalanan acara ni dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Walaupun ada juga suara sumbang yang tak puas hati, anggaplah semuanya cabaran yang perlu dihadapi dengan sabar. Cewaaah!

Di sini aku nak kongsi sama-sama gambar PM yang sempat aku ambil masa tu. Sebenranya bukan aku yang ambil gambar. Faham-faham je lah, aku ni taklah tinggi mana. Dahlah orang ramai masa tu. Nasib baik ada kawan yang tolong ambilkan gambar. Thanks Amat!

 


Ini adalah kali pertama aku jumpa PM secara live. Selalu tengok kat TV je kan? Tak lupa juga aku sempat bersalam dengan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Hehehe...

p/s: dengar cerita ada lagi event macam ni lagi..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails